PROGRAM JELAJAH KASIH KHAIROSMA

PROGRAM JELAJAH KASIH KHAIROSMA


AHLI JAWATANKUASA

PERTUBUHAN KASIH KHAIROSMA



Assalammualaikum... Kami yang dulu kenali Team KR Charity dan Kini Dikenali sebagai "Pertubuhan Kasih KhaiRosma" bertujuan menjalankan Program Ihsan Kasih bagi mengumpul Dana Khas buat Anak-Anak Kecil yang SAKIT KRONIK yang sangat memerlukan kewangan bagi menampung keperluan harian, bulanan, ubat-ubatan serta kos pembedahan. Sejak 2015 lagi kami telah bergiat aktif membantu beberapa anak-anak kecil istimewa ini seperti Arwah Adik Fahyeem, Arwah Adik Mia, Adik Auni, Adik Asyraff, Adik Rania, Adik Adib dan Adik Adam Noah (Gambar dibawah ini).

Gambar dari Instagram (Papar Tahun)










Arwah Adik Qurratul Ain


Arwah Adik Aafiya


Arwah Adik Faqihah


Arwah Adik Daiyan
_______________________________________________


______________________________________________

BANTUAN PROGRAM JELAJAH
KASIH KHAIROSMA

1) Adik Muhammad Qash'Adam (3 Tahun)
Kuala Lumpur

• Masalah Jantung (PDA)
Pengertian “Patent Ductus Arteriosus”
Patent ductus arteriosus (PDA) adalah masalah jantung yang terjadi segera setelah kelahiran dengan ciri adanya lubang atau shunt yang persisten antara aorta dan arteri pulmonal melalui pembuluh darah yang disebut ductus arteriosus. Pada saat bayi belum lahir, hal ini merupakan hal yang normal pada sirkulasi darah fetal. Namun pada saat kelahiran, ductus arteriosus ini harusnya menutup dalam beberapa menit sampai beberapa hari untuk menciptakan sirkulasi darah yang normal. Pada bayi dengan PDA, ductus arteriosus tidak menutup, sehingga darah yang kaya oksigen dari aorta bercampur dengan darah yang miskin oksigen dari arteri pulmonal. PDA termasuk dalam penyakit jantung kongenital.
• Lahir pramatang 27 minggu.
• Pernah ditidurkan selama seminggu.


2) Baby Aryan Fayyadh (3 Bulan)
Kota Bharu, Kelantan

• Dilahirkan pra matang 27minggu berat 800gram sahaja dan berat terkini 2.6KG. 
• Dari awal dilahirkan sehingga umur 2bulan masih dalam bius dan Baby Aryan juga ada masalah Uluran, Angin Pasang & HERNIA.
• Pembedahan terkini TUTUP LUBANG JANTUNG dan PARU-PARU PERNAFASAN.
• Baby Aryan masih berada di hospital dari lahir sehingga kini.
• Baby Aryan masih bergantung dengan Oksigen sepenuhnya. 
• Kos pembedahan, kos rawatan, kos ubat-ubatan, susu khas dan keperluan Baby Aryan sangat tinggi. 


3) Adik Muhammad Aqil Ziqri (6 tahun)
Langkawi

• Terlantar separa sedar hampir 4 tahun 2 bulan selepas membuat operations kepala pada 20/03/2018 akibat SAWAN TARIK (Pendarahan Dalam Kepala Dan Otak Kanan Rosak / Celebral Palsy).
• Hanya bergantung sepenuhnya dengan susu Pediasure Vanilla setiap hari untuk Tumbesaran melalui Tiub di hidung setiap 4 jam.
• Telah menjalani pembedahan kecil untuk buang Gigi yang rosak 8 batang di HTF Kangar pada 27/05/2022.
- Memerlukan bantuan untuk menampung kos keperluan asas & kos perubatan serta INFAQ KERETA untuk memudahkan perjalanan rawatan susulan di Hospital.


4) Adik Mohamad Noor Asyrif (2 tahun)
Kuala Lumpur

• mengidap Crhonic Diarrhea.
• Masalah pendengaran.
• Masalah kulit sensitif.
- Memerlukan bantuan bulanan untuk menampung kos keperluan asas & kos perubatan serta INFAQ BILIK KHAS.


5) Baby Hanif Al Mahdi (9 Bulan)
Kuantan

• Down Syndrome.
• Jantung Berlubang PDA.
• Masalah Hormon Tyroid Hypothyroid.
• Jangkitan Kuman di Paru -Paru (Pneumonia).
- Memerlukan bantuan bulanan menampung kos keperluan asas & rawatan susulan.


6) Adik Nur Maryam (4 Bulan)
Kuala Lumpur

• Masalah cleft palate & lip.
• Kelopak mata separuh.
• Masalah selaput mata.
• Down Syndrome.
- Memerlukan bantuan bulanan menampung kos keperluan asas.


7) Baby Nur Haisha Mikayla
(1 Tahun 9 Bulan)

Baby Nur Haisha Mengalami ;
• Lahir pada 32 minggu disebabkan Doktor risau kerana Ibunya mengalami penyakit Pre-Eclempsia.
• Ketika dalam kandungan juga pembesaran Haisha tidak seperti biasa, tali pusat tidak dapat membekalkan makanan, oksigen dan darah dengan baik kepadanya.
• Haisha lahir dengan berat 895g pada 31 Mei 2021. 
• Mengalami penyakit jantung berlubang.
• Haisha ditempatkan di PICU selama tiga minggu dan seterusnya di wad bayi HTA selama 2 bulan. 
• Setelah 94 hari, berat Baby Haisha mencapai 2.15kg.
• Baby Haisha perlu pakai oksigen high flow untuk bantu dia bernafas dengan baik.
• Baby Haisha dijangkiti Virus RSV. Keadaan Baby Haisha semakin teruk, Doktor beritahu Haisha perlu ditidurkan. 
• Baby Haisha tidak pernah normal, dia perlu sentiasa memakai oksigen. Dari situ, banyak prosedur yang dilakukan oleh pihak Gastro, Respi, ENT dan juga Cardio sendiri.
• Sehingga kini Baby Haisha masih perlu berjumpa Doktor ENT, Gastro, Cardio dan juga menjalani terapi dengan Occupational Therapy serta Speech Therapy.
• Baby Haisha juga masih perlu minum susu dengan tiub susu yang ada pada hidungnya. Ini disebabkan Baby Haisha mempunyai masalah Gerd dan severe reflux, jadi dia tidak digalakkan makan di hospital kerana boleh menyebabkan dia tersedak dan seterusnya makanan itu pergi ke paru-parunya.


8) Adik Hafiszuan (3 Tahun)
Shah Alam

• Jelajah kami kali ini bertemu dengan Adik Hafiszuan (3 Tahun), Adik Hafiszuan mengidap penyakit “Cancer Leukemia Pra B All”. Nampak sihat tapi hanya Adik ini sahaja yang tahu keadaan dia. Selalunya anak2 mengidap penyakit kronik ini Allah berikan kekuantan yang sangat luar biasa buat mereka begitu juga dengan keluarga mereka. 




Sesi Program Bantuan buat Adik Qash'Adam

Hasil Kutipan Di PiCC Putrajaya & Kutipan Online sepanjang 14hari di bulan Ramadhan. Terima Kasih kepada semua yang turut serta menyumbang.

Sesi Program Bantuan Buat Adik Aqil

Pertubuhan Kasih KhaiRosma telah turun padang menyalurkan sumbangan buat Adik Aqil di Langkawi.

Sesi Program Bantuan Buat Adik Daiyan

Pertubuhan Kasih KhaiRosma telah turun padang menyalurkan sumbangan buat Adik Daiyan di KL.

Sesi Program Bantuan Buat Baby Ashrif

Pertubuhan Kasih KhaiRosma telah turun padang menyalurkan sumbangan buat Baby Ashrif di HKL.

Sesi Program Bantuan Buat Baby Hanif

Pertubuhan Kasih KhaiRosma telah turun padang menyalurkan sumbangan buat Baby Hanif di Kuantan.



Pada mulanya kami hanya mengeluarkan peruntukkan kami sendiri sahaja. Tetapi disebabkan terlalu ramai permintaan untuk kami meneruskan Program Ihsan Kasih KR ini jadi kami tekad untuk meneruskannya tetapi kali ini dengan membuka Kutipan secara umum agar Dana Bantuan tersebut dapat diperluaskan kepada ramai lagi anak-anak kecil yang memerlukannya. Bantuan bulanan yang kami salurkan adalah untuk menampung kos keperluan asas harian, kos perubatan, kos pengangkutan, kos penginapan untuk rawatan susulan (Jauh dari kediaman) dan kos pembedahan serta infaq kereta / bilik (bagi yang memerlukan).

Kini kami berharap kepada anda semua agar turut serta membantu dalam menyumbang dalam Program Ihsan Kasih KR ini supaya dengan bantuan anda ini juga ianya dapat memperluaskan lagi misi kami serta mempermudahkan segala urusan keluarga anak-anak kecil ini.

Dengan bantuan kita semua dapatlah meringankan beban ibubapa anak-anak kecil ini. Komitmen ibubapa mereka amatlah tinggi, ada yang tidak boleh bekerja semata-mata menjaga sepenuh masa anak mereka ini.

Kita patut bersyukur kerana masih dapat mencari sumber pendapatan untuk menampung keluarga. Ujian yang mereka hadapi ini menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mereka.

Kalau kami bersendirian apakan daya, jika kita berkumpul dengan bantuan berjemaah lebih mudah untuk disalurkan kepada ramai lagi anak-anak syurga ini.

Kami sudah berjumpa dgn ibubapa anak-anak isitimewa ini, Allah uji mereka kerana mereka kuat. Mereka lagi kuat bila kita semua turut serta membantu kerana mereka tiada masa untuk berbuat apa-apa hanya beri tumpuan 100% kepada anak mereka sahaja ketika ini. Allahuakbar...

Terima kasih kepada yang telah menyalurkan bantuan. Semoga anda semua diberkati dan dipermudahkan segala urusan olehNya. InsyaAllah... Amin... Jazakallahukhair


AKTIVITI-AKTIVITI LAIN












LIVE TV AL HIJRAH (MENGUMPUL DANA)




Sumbangan anda boleh dilakukan :

• Scan QR Pay (DuitNow).

• Perbankan Dalam Talian.

• Payment Gateway (Borang Dibawah).


TERIMA KASIH DATO/DATIN/TUAN/PUAN SEMUA. SEMOGA ALLAH MEMBERKATI KITA SEMUA. INSYAALLAH... AMIN...


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
BEKALAN SUSU SETIAP BULAN (GANTIAN PEMAKANAN LENGKAP)
BEKALAN LAMPIN PAKAI BUANG SETIAP BULAN
BEKALAN SYRINGE & TUBES SETIAP BULAN
SUMBANGAN SEIKHLAS HATI
JUMLAH
JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN